Wednesday 12 July 2017

PERATURAN PENGUNAAN BUKU SPBT

SJK(T) LADANG BATU HAMPAR

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT

1.   Murid mesti menulis nama, tahun  dan darjah dalam ruangan yang

disediakan pada kulit dalam buku  teks.

2.   Setiap murid wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.Denda RM1 dikenakan untuk setiap buku yang gagal dibalut.

3.   Murid tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain . Buku tersebut akan dirampas dan murid perlu menebusnya dengan denda RM1 untuk setiap buku.

4.   Murid dilarang menconteng atau mengoyakkan muka surat buku. Jangan rosakkan barkod buku!

5.   Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.

6.   Murid yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda RM1.

7.   Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke  semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.

 

No comments:

Post a Comment

PENYELARASAN PERSIAPAN UNTUK PERTANDINGAN SPBT PERINGKAT KEBANGSAAN 2017.